PROGRAM MUET WORKSHOP VER.3 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM MUET WORKSHOP VER.3

PROGRAM MUET WORKSHOP VER.3

BINTULU: Baru-baru ini, Kelab Agribiz, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, UPMKB telah menganjurkan program MUET WORKSHOP VER.3 – QUICK TIPS FOR MUET 2021 untuk pelajar UPMKB yang bakal menduduki peperiksaan Malaysian Universiti English Test (MUET).

Program empat sesi ini bertujuan untuk memberi tips, latihan, dan peluang kepada pelajar Diploma UPMKB membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan MUET berformat baharu 2021 yang berlandaskan piawaian The Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Dijalankan secara atas talian, ia telah dihadiri oleh lebih 50 orang pelajar semester kedua dan semester keempat dan turut dibantu oleh pelajar Kelab Agribiz, UPMKB.

Diharapkan perkongsian ikhlas dari para pendidik ini dapat meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar terutamanya dalam akademik dan sahsiah.

Sesi 1: 800/1 Bagi Ujian Mendengar MUET bersama Encik William Ko Wei Liong, Guru Bahasa Kanan, Unit Bahasa, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, FKPS, UPMKB.

Sesi 2: 800/2 Bagi Ujian Bertutur MUET bersama Encik William Ko Wei Liong, Guru Bahasa Kanan, Unit Bahasa, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, FKPS, UPMKB.

Sesi 3: 800/3 Bagi Ujian Membaca MUET bersama Encik Nathaniel Woon Wai Cheong, Guru Bahasa, Unit Bahasa, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, FKPS, UPMKB.

Sesi 4: 800/4 Bagi Ujian Menulis MUET bersama Encik Nathaniel Woon Wai Cheong, Guru Bahasa, Unit Bahasa, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, FKPS, UPMKB.

 

Tarikh Input: 11/02/2021 | Kemaskini: 11/02/2021 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETLAx~