PROGRAM KARNIVAL SEMARAK UNIPUTRA 2020 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM KARNIVAL SEMARAK UNIPUTRA 2020

PROGRAM KARNIVAL SEMARAK UNIPUTRA 2020

PROGRAM KARNIVAL SEMARAK UNIPUTRA 2020 telah bermula pada 15 Feb 2020 (sabtu) sehingga 8 Mac 2020 (ahad). Program ini adalah inisiatif pihak kolej untuk melahirkan mahasiswa yang berintegriti tinggi dan mencungkil bakat setiap mahasiswa supaya dapat melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi pro aktif dalam bidang sukan.

Justeru itu, program Karnival Semarak Uniputra 2020 pada hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah dimana dimulakan dengan aktiviti 'indoor' iaitu seramai 20 peserta badminton kategori wanita, 20 orang peserta catur kategori wanita, 50 orang peserta e- sport lelaki dan 15 orang peserta ping - pong bagi kategori wanita.

Penyertaan bagi setiap pertandingan adalah terdiri daripada staf dan pelajar kolej Sri Rajang, UPMKB yang mengambil bahagian dalam Karnival Semarak Uniputra 2020. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan Pengetua Kolej Sri Rajang UPMKB, Dr. Kamil Latif juga turut hadir dan memberi sokongan aktiviti yang dijalankan.








Tarikh Input: 17/02/2020 | Kemaskini: 12/03/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYWAP~