PROGRAM “KAMEK MAOK MASOK U” UPMKB DI SMK JULAU DAN SMK JULAU NO.2 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM “KAMEK MAOK MASOK U” UPMKB DI SMK JULAU DAN SMK JULAU NO.2

PROGRAM “KAMEK MAOK MASOK U” UPMKB DI SMK JULAU DAN SMK JULAU NO.2

Program “Kamek Maok Masok U” telah diadakan di SMK Julau dan SMK Julau No.2, Sibu, Sarawak pada 09-10 Februari 2022 dalam usaha meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar luar bandar tentang keperluan masuk ke universiti dan institut-institut pengajian tinggi di Malaysia. Ini juga amat bertepatan dengan sistem UPUOnline sedang dibuka bagi permohonan kemasukan ke IPTA dari 04 Februari – 31 Mac 2022.
 
Antara aktiviti yang diadakan adalah motivasi pelajar yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Geoffery James Gerusu, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pendanaan) Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB yang juga merupakan anak jati di kawasan tersebut. Selain itu, taklimat syarat kemasukan terutamanya program pengajian di UPMKB dan panduan pengisian UPUOnline juga diterangkan kepada pelajar oleh Encik Sudirman bin Asmadi, Ketua Bahagian Pengurusan Akademik dan Penyelidikan, UPMKB.
 
Sebelum perjalanan pulang ke kampus, turut melakukan lawatan muhibbah ke SMK Kanowit, SMK Durin dan SMK Sacred Heart dengan bertemu sua Pengetua dan Guru Kaunseling sekolah bagi usaha meningkatkan jalinan kerjasama dan menyampaikan info terkini berkaitan universiti.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 14/02/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUAAj~