PROGRAM JOM MASUK U ZON SARAWAK 2023 BERJAYA MENARIK KUNJUNGAN RAMAI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM JOM MASUK U ZON SARAWAK 2023 BERJAYA MENARIK KUNJUNGAN RAMAI

PROGRAM JOM MASUK U ZON SARAWAK 2023 BERJAYA MENARIK KUNJUNGAN RAMAI

BINTULU: Program Jom Masuk U Zon Sarawak 2023 telah berjaya menarik kunjungan pelajar sekolah menengah dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta orang ramai di ruang legar Times Square Megamall di sini, sejak semalam.

Para pengunjung pada program dua hari itu dipercayai datang dari sekitar Bintulu, malah ada yang sejauh Tatau, Sebauh, Sungai Asap, Belaga, Mukah, Niah, Miri, Selangau dan Sibu.

Dalam pada itu, perasmian program telah disempurnakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Anielia Siam disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) Jabatan Pendidikan Tinggi KPT Ahmad Rizal Adnan, Pengarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini dan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Samri Suhaili. 

Jurucakap UPMKB berkata, sebanyak 63 reruai pameran yang memaparkan pelbagai program pengajian dan maklumat ke menara gading dibanjiri para pengunjung yang hadir dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang untuk mendapatkan maklumat serta panduan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Program tersebut merupakan anjuran KPT dan UPMKB dengan kerjasama KPT merangkumi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu, PPD Tatau Sebauh, PPD Belaga dan Times Square Megamall.

Aktiviti sampingan lain yang diadakan ialah 'Make Up Challenge' bertemakan perayaan, pertandingan mewarna cilik, santai si cilik untuk aktiviti mencantum teka-teki, persembahan maskot atau 'cosplay', pertandingan Player Unknown's Battleground (PUBG), pertandingan cita rasa belacan dan ulam-ulaman, pertandingan gubahan sirih junjung, pameran kemahiran dan inovasi, pertandingan kuih tradisional Citrawarna Klasik dan cabutan bertuah.

Tarikh Input: 22/05/2023 | Kemaskini: 22/05/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUQAN~