PROGRAM JALINAN MUHIBBAH UPMKB - SK(A) MIS BINTULU 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM JALINAN MUHIBBAH UPMKB - SK(A) MIS BINTULU 2018

PROGRAM JALINAN MUHIBBAH UPMKB - SK(A) MIS BINTULU 2018

18 November 2018 - Program Jalinan Muhibbah UPMKB dan Sekolah Kebangsaan Agama, Majlis Islam Sarawak Bintulu telah diadakan pada 16 November 2018 (Jumaat) dan bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2B, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak. Program ini disertai oleh seramai 18 fasilitator dari Kelab Agribiz, Jabatan Sains Sosial dan disertai oleh 70 orang peserta dari SK (A) MIS Bintulu.

Objektif Program Jalinan Muhibbah diadakan adalah untuk :-

• mendedahkan pelajar sekolah dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di universiti serta kemudahan yang ada di UPMKB
• mengeratkan jalinan kerjasama di antara universiti dengan sekolah
• memupuk kebolehan menguasai dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
• membudayakan amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar
• mempromosikan UPMKB sebagai destinasi pengajian tinggi utama

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi Fun With English yang disampaikan oleh Encik Ko Wei Liong, sesi perkongsian tentang pemakanan sihat oleh Dr. Ismawati Binti Sharkawi dan para peserta juga berpeluang melihat sendiri suasana dan persekitaran di UPMKB dengan lawatan di sekitar kampus termasuklah Ladang Tanaman, Biopark dan Ladang Lembu Bali.

Syabas dan Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.









Tarikh Input: 21/11/2018 | Kemaskini: 26/11/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMBAMR:00:12