PROGRAM ENHANCING INTEGRITY PROJECT (EIP) 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM ENHANCING INTEGRITY PROJECT (EIP) 2019

PROGRAM ENHANCING INTEGRITY PROJECT (EIP) 2019

Tahniah kepada semua 100 orang pelajar Integrity Champion yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPMKB terutamanya Diploma Kejuruteraan Pertanian dan Persediaan Diploma Sains kerana berjaya menamatkan program Enhancing Integrity Project (EIP) pada 27-29 September 2019. Peranan "Integrity Champion" adalah sebagai pengukur kepada pencapaian objektif, iaitu meningkatkan komitmen integriti, menanamkan kesedaran integriti dan mendidik masyarakat dalam memegang teguh kepada amalan berintegriti.

Program EIP tersebut bertemakan Syioknyer Integriti: Integriti Teras Kelestarian Alam Sekitar, merupakan anjuran kerjasama Kelab Kebajikan Staf Jabatan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan UPM Kampus Bintulu (KESATEK), Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Malaysia Anti-Corruption Academy (MACA). Antara pengisian program yang bertempat di UPMKB dan Kampung Assyakirin adalah Lawatan kehormat ke Pengarah UPMKB, "Welcoming Integrity Night" (WIN), "Integrity Race", Sukan Rakyat, Forum Integriti dan Alam Sekitar, "Plogging" dan "Planting". Kesemua aktiviti tersebut adalah diselia oleh 40 orang peserta Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 23 Bil. 3/2019 yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan berkanun kerajaan Negeri Sarawak. EIP adalah salah satu program yang perlu dilaksanakan kepada komuniti dan pelajar bagi membolehkan mereka ditauliahkan sebagai CeIO.










Tarikh Input: 03/10/2019 | Kemaskini: 10/10/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaEAU~