PROGRAM CSR UPMKB @ SK KELAWIT | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM CSR UPMKB @ SK KELAWIT

PROGRAM CSR UPMKB @ SK KELAWIT

18 Mac 2023 - telah berlangsungnya Program CSR UPMKB @ SK Kelawit : "From University to Community" anjuran Kolej Sri Rajang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Kelab PEMADAM UPMKB dan Sekolah Kebangsaan Kelawit, Tatau.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Kamil Bin Latif mewakili YBhg. Prof Dr Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.

Objektif program CSR ini diadakan adalah untuk mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar UPMKB bagi membantu masyarakat setempat secara sukarela. Jalinan kolaborasi antara Kolej Sri Rajang bersama Kelab PEMADAM UPMKB dalam menjayakan program ini adalah bagi memperkasakan peranan mahasiswa serta memperkenalkan gaya hidup penuh erti kepada komuniti dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta dapat mengelakkan penglibatan pelajar kepada gejala yang tidak sihat seperti dadah.

Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan ialah Aktiviti Mural, Mengecat Pembahagi Jalan, Mengecat Sudut-sudut Pembelajaran, Mengecat Gelanggang Sepak Takraw serta Aktiviti Perkongsian Ilmu (Ceramah Ibubapa & Sesi "Let's Play and Learn!").

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan dan berkongsi ilmu pengetahuan tentang penggunaan dan perkembangan sains dan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian di samping beramah mesra bersama warga SK Kelawit,Tatau.

Semoga usaha murni ini dapat memberikan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif kepada komuniti pelajar setempat. Terima kasih diucapkan kepada warga UPMKB & SK Kelawit yang terlibat kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program CSR ini.

 

Tarikh Input: 20/03/2023 | Kemaskini: 20/03/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcWAp~