PROGRAM BENGKEL KESEMPURNAAN SOLAT DI PPR BANDARIA PARK, BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM BENGKEL KESEMPURNAAN SOLAT DI PPR BANDARIA PARK, BINTULU

PROGRAM BENGKEL KESEMPURNAAN SOLAT DI PPR BANDARIA PARK, BINTULU

PROGRAM BENGKEL KESEMPURNAAN SOLAT KEPADA SAUDARA MUALAF DAN SUMBANGAN KHIDMAT KOMUNITI DI PPR BANDARIA PARK, BINTULU, SARAWAK 2019

Bintulu- Pada 11 Mei 2019, Sabtu, Pusat Islam UPMKB telah menganjurkan Bengkel Kesempurnan Solat dan Sumbangan Khidmat Komuniti kepada Saudara Mualaf di PPR Bandaria Park. Bengkel telah dihadiri oleh seramai 48 orang peserta. Aktiviti Bengkel ini dijalankan seawal 8.00 pagi sehingga jam 1.30 petang. Peserta yang diketuai oleh Pengerusi Surau Al-Istiqbal iaitu En. Morsalin Bin Ramli.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah dari Pusat Islam UPMKB iaitu Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir. Aktiviti sumbangan khidmat komuniti kepada Saudara Mualaf bermula sekitar jam 1.00 petang. Aktiviti sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban Saudara Mualaf yang tidak berkemampuan. Sumbangan yang dihulurkan adalah dalam bentuk barang keperluan harian dan juga wang tunai. Sebanyak 48 keluarga telah menerima sumbangan dari pada pihak Pusat Islam, UPMKB.

Aktiviti penyampaian sumbangan ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada Pengerusi Surau Al-Istiqbal. Aktiviti penyampaian sumbangan ini telah selesai sekitar jam 2.00 petang. Aktiviti penyampaian cenderahati kepada penceramah, wakil Pengerusi JKKK PPR Bandaria Park dan Pengerusi Surau Al-Istiqbal juga telah dijalankan selepas penyampaian sumbangan.





Tarikh Input: 13/05/2019 | Kemaskini: 14/05/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYJAg~