Program Alumni Talk : Minda Siswapreneur | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Program Alumni Talk : Minda Siswapreneur

Program Alumni Talk : Minda Siswapreneur

13 Ogos 2018 : Majlis Perwakilan Pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan jalinan kerjasama Putra President Union telah menganjurkan program Alumni Talk: Minda Siswapreneur pada 13 Ogos 2018 (Sabtu), jam 8.30 pagi – 12.30 tengahari di Dewan Kuliah Utama (DKU) UPMKB. Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa UPMKB Sarawak tentang kelebihan menjalankan perniagaan ketika dalam tempoh pengajian.

Taklimat turut diberi oleh YBhg Dr. Mass Hareeza Binti Ali, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) Universiti Putra Malaysia berkenaan peranan CEM dalam membantu program keusahawanan pelajar manakala Cik Noorazeaty Maulad Binti Khalif, Presiden Uniputera Entrepreneur Club dan Alumni UPMKB berkongsi pengalaman dalam mengusahakan perniagaan beliau. Seramai 350 orang pelajar UPMKB telah menghadirkan diri bagi mendapatkan input-input yang positif daripada program ini.

Justeru, diharapkan para pelajar UPMKB membuka minda bagi memulakan langkah awal dalam perniagaan bagi menjana sumber pendapatan pelajar semasa dalam tempoh pengajian.

 

Tarikh Input: 14/08/2018 | Kemaskini: 15/08/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXVAy~