POWERFUL RESUME WORKSHOP: TO STAND OUT TO GET JOB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » POWERFUL RESUME WORKSHOP: TO STAND OUT TO GET JOB

POWERFUL RESUME WORKSHOP: TO STAND OUT TO GET JOB

20 Disember 2018: Powerful Resume Workshop telah diadakan pada 20 Disember 2018 dan bertempat di Bilik Latihan, Perpustakaan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Program ini dianjurkan oleh Kelab Agribiz, Jabatan Sains Sosial dan melibatkan seramai 50 orang pelajar Semester 4 daripada program Diploma Perniagaantani. Encik Ko Wei Liong selaku penceramah untuk bengkel ini telah memberi taklimat selama 2 jam dan diikuti dengan latihan secara praktikal yang mengambil masa selama satu jam berikutnya.

Powerful Resume Workshop ini memberi penekanan tentang penggunaan format resume yang betul agar dapat dipraktikkan semasa menyediakan resume pada masa akan datang, terutamanya sebelum peserta menjalani latihan industri dan melangkah kea lam kerjaya. Pada sesi praktikal, peserta berpeluang menyediakan satu contoh resume secara individu. Seterusnya, resume yang disediakan dibincangkan bersama untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam resume tersebut. Program ini memberi impak yang positif kepada peserta dan diharap peserta dapat memanfaat ilmu yang diperoleh kelak.

 

GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG POWERFUL RESUME WORKSHOP

Tarikh Input: 28/12/2018 | Kemaskini: 28/12/2018 | midah

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaHAl~