PERSATUAN KENYAH LEPO' AGA' MIRI KE UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PERSATUAN KENYAH LEPO' AGA' MIRI KE UPMKB

PERSATUAN KENYAH LEPO' AGA' MIRI KE UPMKB

Unit Akademik UPM Kampus Bintulu Sarawak telah menerima kunjungan daripada pelajar lepasan SPM dan STPM dari Persatuan Kenyah Lepo' Aga' Miri pada hari ini. Seramai 14 orang pelajar dari pelbagai sekolah di sekitar Ulu Baram, Marudi dan Miri dan ibu bapa telah hadir untuk mengetahui secara lebih lanjut berkenaan syarat program pengajian di peringkat Diploma dan Bacelor yang ditawarkan di UPM Kampus Bintulu Sarawak.

Ini merupakan kunjungan kali pertama persatuan ini ke UPM Kampus Bintulu Sarawak dan akan menjadi kunjungan berterusan pada tahun-tahun akan datang bagi memberi peluang kepada anak-anak dari keturunan Kenyah Lepo' Aga' untuk meneruskan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi.

Pihak UPM Kampus Bintulu Sarawak amat mengalu-alukan kedatangan sekolah dan persatuan sebegini untuk melawat di masa akan datang.

Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 12/03/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMERp1:17:41