Delegasi Curtin University, Miri telah mengadakan lawatan ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) pada 7 Disember 2022 bagi membincangkan kerjasama dalam bidang penyelidikan.
Program kerjasama antara Institut EkoSains Borneo (IEB), UPMKB dan Curtin University dalam bidang penyelidikan akan memberi manfaat dan impak yang besar dalam bidang penyelidikan di Sarawak khasnya. Gabungan pengetahuan, kepakaran, sumber asli dan kemudahan prasarana membolehkan penyelidik UPMKB dan Curtin University menyelesaikan persoalan saintifik yang kompleks dan mengembangkan penyelidikan. Selain itu, para penyelidik juga didedahkan dengan pelbagai perspektif baharu yang mampu menarik lebih banyak dana pada peringkat antarabangsa.
Turut meraikan delegasi daripada Curtin University adalah Dr. Tunung Robin (Ketua Laboratori Etnik Borneo, IEB), Dr. Latifah Omar (Ketua Laboratori Biodiversiti Borneo, IEB), Dr. Tan Toh Hii (Pensyarah Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan), Penyelidik Bersekutu IEB dan Pegawai Penyelidik IEB.
Delegasi Curtin University yang telah hadir adalah;
Institut EkoSains Borneo amat mengalu-alukan kedatangan delegasi Curtin University, Miri dan berharap kerjasama ini mencapai objektif dan berjalan dengan lancar dan jayanya.
Tarikh Input: 13/12/2022 | Kemaskini: 13/12/2022 | lanz
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia