PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA PENGGERAK PUTRA BAKTI@FREESHOP UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA PENGGERAK PUTRA BAKTI@FREESHOP UPMKB

PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA PENGGERAK PUTRA BAKTI@FREESHOP UPMKB

BINTULU: Mesyuarat pertama bagi Jawatankuasa Penggerak Putra Bakti@Freeshop UPMKB telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar pada 30 September 2016 yang lepas. Rentetan daripada mesyuarat berkenaan, seramai 19 orang pegawai dan kakitangan UPMKB telah bersetuju untuk menjadi sukarelawan bagi menggerakkan Putra Bakti@Freeshop UPMKB.


Putra Bakti@Freeshop UPMKB ini ditubuh bertujuan untuk:

1. Membantu pelajar/golongan asnaf yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan keperluan harian secara percuma.

2. Menggalak serta meningkatkan semangat dan motivasi para pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian di UPMKB.

3. Memberikan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki keperluan-keperluan untuk meneruskan pengajian.


Antara Ahli Jawatankuasa Penggerak Putra Bakti@Freeshop UPMKB bersama Dr. Aryaty binti Alwie, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar)


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMeUnv:20:39