PENGURUSAN MASA YANG BAIK KUNCI KECEMERLANGAN GRADUAN TERBAIK DIPLOMA UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PENGURUSAN MASA YANG BAIK KUNCI KECEMERLANGAN GRADUAN TERBAIK DIPLOMA UPMKB

PENGURUSAN MASA YANG BAIK KUNCI KECEMERLANGAN GRADUAN TERBAIK DIPLOMA UPMKB

BINTULU, 1 November - Pengurusan masa yang baik antara akademik dan aktiviti kokurikulum merupakan kunci kecemerlangan graduan terbaik diploma Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB), Jaime Lazaroo, 21, yang menerima hadiah kecemerlangan Yvonne Sing Sai Hoi di sini, hari ini.
 
Menurut graduan program Diploma Kejuruteraan Pertanian, UPMKB ini, beliau melatih diri menguruskan masa dengan baik ketika aktif dalam Majlis Perwakilan Kolej (MPK) selama dua tahun.
 
"MPK banyak mengajar saya menjadi lebih produktif dan menguruskan masa akademik, menjadi sukarelawan dan menyertai aktiviti kokurikulum dengan baik.
 
"Saya sangat mementingkan pengurusan masa walaupun ada kalanya saya tiada semangat dan tidak dapat mengawal perasaan. Namun, kini saya bangga dengan apa yang saya kecapi," katanya.
 
Beliau yang kini sedang menyambung pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam program Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Mekanikal Sistem Pertanian tidak pernah menyangka untuk menerima anugerah ini.
 
"Sokongan penuh daripada ibu bapa saya tidak pernah putus walaupun terpaksa berpisah jauh dengan mereka yang tinggal di Sandakan, Sabah.” Katanya yang ditemui selepas tamat Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke 46.
 
Anak kelahiran Melaka ini turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada UPMKB kerana memberinya penganugerahan ini. -UPM
 

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUQA2~