PENGANJURAN PEERS EMPOWERMENT AND INTEGRATION CAMP (PEERS POINT CAMP) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PENGANJURAN PEERS EMPOWERMENT AND INTEGRATION CAMP (PEERS POINT CAMP)

PENGANJURAN PEERS EMPOWERMENT AND INTEGRATION CAMP (PEERS POINT CAMP)

Kenangan: DR. Kamil bin Latif (tengah), Puan Hazliana Binti Sulaiman (kiri) dan tetamu jemputan lain bersama peserta-peserta PEERs EMPOWERMENT AND INTEGRATION CAMP (PEERs POINT Camp)


BINTULU: PROGRAM PEERs EMPOWERMENT AND INTEGRATION CAMP (PEERs POINT Camp) telah berlangsung selama tiga hari dua malam baru-baru ini yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah, Institut Kemahiran MARA Bintulu Sarawak dan Politeknik Mukah. Penyertaan bagi program ini terdiri oleh barisan ahli kelab/persatuan Pembimbing rakan sebaya dan penasihat atau pegawai unit kaunselor daripada setiap institusi. Program ini juga turut dijalankan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.

Program ini diadakan bertujuan untuk melatih dan mempertingkatkan lagi kemahiran ahli-ahli PRS dalam menyediakan perkhidmatan sokongan dan bantuan psikologi sekaligus sebagai jambatan penghubung kepada perkhidmatan kaunseling di institusi pengajian tinggi bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang kini kian meningkat. Selain itu, kerjasama antara empat institusi ini juga telah berjaya mencapai objektif bersama di samping memperkukuhkan jalinan bersama.

Ketua Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Dr Kamil Latif telah merasmikan majlis penutupan program PEERs Empowerment and Integration Camp. Beliau berkata bahawa melalui penganjuran program ini dapat meningkatkan kesedaran untuk membantu diri sekaligus membolehkan ahli-ahli PRS membantu rakan sebaya di sekeliling yang memerlukan. Katanya, peranan ahli-ahli sebagai pembimbing rakan sebaya amat besar kepada universiti/institusi.

Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan ialah latihan dalam berkumpulan yang menekankan kemahiran insaniah dan ceramah yang bertajuk “Managing Mental Health With Counselling Skills”, Bantu Diri, “Current Issues Among Helper”, dan “Basic Managing Skills (Program Organizing)”.

Semoga penganjuran program ini dapat dijadikan sebagai satu kaedah untuk mempertingkatkan kemahiran-kemahiran insaniah terutamanya ahli PRS di setiap institusi bagi membantu mahasiswa dan mahasiswa serta mengukuhkan ukhuwah pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 18/04/2023 | Kemaskini: 08/05/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdJAs~