PELANCARAN KELAB PENYAYANG@UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PELANCARAN KELAB PENYAYANG@UPMKB

PELANCARAN KELAB PENYAYANG@UPMKB

BINTULU: Pada 22 April 2019, majlis perasmian Program Putra Penyayang@UPMKB dan pelancaran Kelab Penyayang telah berjaya diadakan bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2A, UPMKB. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalak serta menanam semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa UPMKB.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor, UPM. Majlis turut dihadiri oleh Dr. Aryaty binti Alwie, Pengetua Kolej Sri Rajang merangkap Ketua Hal Ehwal Pelajar, UPMKB, pengetua-pengetua kolej, Pegawai Universiti dan mahasiswa-mahasiswi UPMKB dan UPM Serdang.


Prof. Dr. Mohd Roslan, Timbalan Naib Canselor UPM menyerahkan simbolik perasmian pelancaran Kelab Penyayang UPMKB kepada Mohd. Razi, Timbalan Presiden Kelab Penyayang UPMKB.


Penyerahan sumbangan kepada mahasiswa yang memerlukan oleh Prof. Dr. Mohd Roslan.

Tarikh Input: 23/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMER3q:17:55