PEGAWAI PSIKOLOGI UPMKB RANGKUL EMAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PEGAWAI PSIKOLOGI UPMKB RANGKUL EMAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI

PEGAWAI PSIKOLOGI UPMKB RANGKUL EMAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI

PEGAWAI PSIKOLOGI UPMKB RANGKUL EMAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI

Modul SCS- EEP (Sarawak Civil Service Employee Excellent Program) yang telah dihasilkan oleh Pegawai Psikologi UPMKB, Encik Muhammad Abdul Rahim bin Habib dan Puan Hairunisah binti Abdul Rahman bersama-sama dengan Unit Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan ahli Community of Practice (CoP) Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak telah memperolehi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi Sempena Konvensyen Kaunseling Kebangsaan kali ke-20 yang berlangsung 22 hingga 23 Mei 2017. Pada pertandingan ini, Encik Muhammad Abdul Rahim telah mewakili UPMKB bagi sesi pembentangan.

Modul SCS- EEP ini telah direka untuk membantu pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang berprestasi rendah melonjak kepada prestasi yang lebih tinggi.

Penyampaian pingat  telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin yang merupakan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) International yang juga merangkap Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Sebelum ini Modul SCS- EEP telah juga mendapat pingat perak dalam Innovation Technology Expo 2017 (INTEX17) anjuran Universiti Malaysia Sarawak pada 17 & 18 Mei 2017 yang lepas.

 
 
 

Tarikh Input: 25/05/2017 | Kemaskini: 25/05/2017 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMER23:17:54