PASUKAN MIX FT MUNCUL JUARA KEJOHANAN FUTSAL STRIKERS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PASUKAN MIX FT MUNCUL JUARA KEJOHANAN FUTSAL STRIKERS

PASUKAN MIX FT MUNCUL JUARA KEJOHANAN FUTSAL STRIKERS

BINTULU: Pasukan MIX FT muncul juara Kejohanan Futsal Strikers selepas berjaya mengetepikan cabaran pasukan-pasukan lain dalam perlawanan sengit di Kenyalang Futsal Excellence Centre Bintulu, baru-baru ini.

Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Hambur FT dan KFKB. Kejohanan anjuran Pelajar Kursus QKS2104 Semester Kedua Sesi Akademik 2022/23 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) tersebut disertai 16 pasukan dan berlangsung dua hari pada 11 dan 12 Mac lepas. 

Penasihat programnya Dominic Derus berkata, pertandingan futsal tersebut diadakan bukan sekadar untuk melaksanakan tugasan wajib pelajar, malah memupuk semangat kesukanan dalam kalangan remaja, menguji ketahanan fizikal dan mental dalam kalangan peserta. 

"Ia juga memberikan pengalaman baharu kepada para pelajar sebagai pemudah cara menganjurkan program berkait rapat dengan masyarakat setempat serta mendapat sambutan memberangsangkan," katanya.

Beliau berharap sukan futsal terus berkembang dan tidak tenggelam dalam peredaran masa serta saingan daripada permainan dalam talian.

Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada pengurusan Kenyalang Futsal Excellence Centre Bintulu yang memberikan kerjasama menyediakan venue bagi kejohanan itu.

Tarikh Input: 14/04/2023 | Kemaskini: 14/04/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZPAJ~