ORANG RAMAI DIPELAWA SERTAI KURSUS PEMBUATAN BAJA ORGANIK DI UPMKB PADA 28 JANUARI 2023 INI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » ORANG RAMAI DIPELAWA SERTAI KURSUS PEMBUATAN BAJA ORGANIK DI UPMKB PADA 28 JANUARI 2023 INI

ORANG RAMAI DIPELAWA SERTAI KURSUS PEMBUATAN BAJA ORGANIK DI UPMKB PADA 28 JANUARI 2023 INI

Pusat Pertanian Putra (PPP) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) akan menganjurkan Kursus Pembuatan Baja Organik Daripada Sisa Haiwan Dan Tanaman pada 28 Januari ini di PPP UPMKB, Bintulu.

Kursus yang akan diadakan dari jam 8 pagi hingga 5 petang ini mendedahkan teknik-teknik pembuatan baja organik daripada sisa haiwan dan tanaman yang sangat mudah dan ringkas serta tidak menggunakan modal atau kos yang tinggi.

Proses yang akan dipelajari merangkumi pemilihan bahan, kaedah penggunaan agen penguraian, memahami dan mempelajari teknik-teknik membuat baja kompos, cecair (foliar) dan Efektif Mikroorganisma (EM), termasuk pembungkusan dan pelabelan.

Selain itu, penceramah juga akan berkongsi ilmu berkenaan dengan cabaran, pengeluaran dan senario berkaitan penghasilan baja organik. Yuran penyertaan bagi mengikuti kursus tersebut ialah sebanyak RM150 (peserta luar) dan RM100 (staf, keluarga dan pelajar UPM).

Orang ramai yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut boleh menghubungi urus setia seperti Anila Ibrahim (0198682768), Hazman Mohd Julaihi (010-4386885), Noor Irawati Ahmad (01125634022) dan Sat Maling (019-8860595) atau menghubungi talian tetap PPP, 086-855667.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Januari ini (Isnin). Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan.

Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus.Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.btu.upm.edu.my.

Tarikh Input: 11/01/2023 | Kemaskini: 20/02/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXERAAW~