NURUL ANISA BANTU USAHAWAN IKS DAN DIRI MENERUSI PEMASARAN DIGITAL | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » NURUL ANISA BANTU USAHAWAN IKS DAN DIRI MENERUSI PEMASARAN DIGITAL

NURUL ANISA BANTU USAHAWAN IKS DAN DIRI MENERUSI PEMASARAN DIGITAL

BINTULU, 1 Nov - Graduan Diploma Pengurusan Perladangan Makanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB), Nurul Anisa Ramli, 20 memilih dunia pemasaran digital sebagai kerja sambilan ketika zaman belajarnya di sini.
 
Anisa mula menceburi bidang berkenaan dengan menjadi tenaga pengajar pemasaran digital sejak berada di tingkatan lima dan meneruskan minatnya itu sambil belajar di UPMKB.
 
"Sebagai mahasiswi anak perantau dari Tawau, saya perlu mencari duit poket kerana kekangan kewangan sudah pasti saya hadapi.
 
"Oleh itu, saya memilih untuk meneruskan menjadi tenaga pengajar dan memberi latihan dalam dunia pemasaran digital kepada usahawan terutamanya kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS)," katanya.
 
Beliau percaya ilmu itu luas dan perlu dipelajari oleh semua orang bagi meningkatkan kebolehan diri.
"Sambil belajar ilmu di universiti sambil kita belajar ilmu lain di luar sana walaupun kesukaran yang pertama harus dihadapi adalah kekangan masa,” katanya. -UPM
 
 

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETSAJ~