MPP UPMKB Serah Bantuan Mangsa Kebakaran Rumah Panjang Nyipa | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MPP UPMKB Serah Bantuan Mangsa Kebakaran Rumah Panjang Nyipa

MPP UPMKB Serah Bantuan Mangsa Kebakaran Rumah Panjang Nyipa

MPP UPMKB Serah Bantuan Mangsa Kebakaran Rumah Panjang Nyipa

BINTULU – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah kedukaan penghuni Rumah Panjang Nyipa, Kampung Pandan Sebauh, Bintulu apabila rumah mereka terbakar dalam satu kejadian pada 04 Februari 2018 yang lepas. Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah mengambil inisiatif untuk turut bersama membantu dengan mengadakan kutipan sumbangan dari warga kampus UPMKB.

Daripada sumbangan tersebut, MPP telah berjaya menyalurkan sebanyak RM3,000.00 kepada 36 orang pelajar sekolah anak-anak penghuni Rumah Panjang Nyipa. Antara barang sumbangan adalah berupa peralatan alat tulis, kasut sekolah dan juga wang bantuan persekolahan. Selain itu, turut disumbangkan adalah barang-barang terpakai yang dikumpul hasil sumbangan kakitangan universiti dan orang ramai.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr. Aryaty Alwie mewakili pihak UPM dan Encik Rini ak Chela mewakili Ketua Kaum dan penghuni Rumah Panjang Nyipa baru-baru ini. Rumah panjang ini merupakan salah satu lokasi projek Misi Sukarelawan Siswa YSS pada tahun 2015.

Tarikh Input: 12/03/2018 | Kemaskini: 12/03/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMfXzq:23:51