MOU TIGA PIHAK JABATAN HUTAN SARAWAK, SIME DARBY PLANTATION, DAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MOU TIGA PIHAK JABATAN HUTAN SARAWAK, SIME DARBY PLANTATION, DAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOU TIGA PIHAK JABATAN HUTAN SARAWAK, SIME DARBY PLANTATION, DAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Di atas kejayaan Tripartite MoU antara Jabatan Hutan Sarawak - Sime Darby Plantation - Universiti Putra Malaysia, untuk program penanaman pokok di kawasan High Conservation Value, Sime Darby Wilayah Bintulu.

Antara kandungan MoU ini ialah, usahasama Sime Darby untuk memulihara dan menanam pokok-pokok hutan tempatan di kawasan High Conservation Value milik Sime Darby di Wilayah Bintulu. Jabatan Hutan Sarawak akan memberi bantuan dari segi anak benih, dan UPMKB akan terlibat dalam aktiviti penanaman pokok hutan melalui aktiviti pengembangan bersama. Usahama Tripartite MoU ini diterajui oleh Dr. Zamri Rosli Dekan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB.

Jabatan Hutan Sarawak diwakili oleh Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, Sime Darby diwakili oleh Regional CEO Sime Darby Plantation Sarawak, En. Khairul Nizam Idris, dan UPM diwakili oleh Pengarah, UPM Kampus Bintulu Sarawak, Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini.

Majlis Tripartite MoU ini telah disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, sempena Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri Sarawak pada 26 Mac 2021 bertempat di Bukit Soil, Kuching, Sarawak.
 




Tarikh Input: 29/03/2021 | Kemaskini: 06/04/2021 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMESnU:18:39