MENGGALAKKAN LITERASI CPR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MENGGALAKKAN LITERASI CPR

MENGGALAKKAN LITERASI CPR

BINTULU: Seramai 240 orang menyertai Program Mega CPR 2023 anjuran Kelab Akademik Hospital Bintulu dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan kerjasama Hospital Bintulu di sini.

TProgram bertemakan 'Bintulu Celik CPR' itu merupakan antara program terbesar berasaskan komuniti yang dianjurkan selepas berakhirnya pandemik Covid-19 bagi meningkatkan literasi dan kemahiran CPR secara langsung dalam kalangan masyarakat.

Pengetua UPM Kampus Bintulu, Dr. Kamil Latif menyifatkan program itu penting bagi meningkatkan kesedaran resusitasi Kardio Pulmonari atau CPR kepada peserta di samping memastikan masyarakat setempat dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menangani situasi kecemasan.

"Harus diingat bahawa CPR bukan sahaja digunakan oleh profesional perubatan tetapi merupakan kemahiran yang harus dipelajari oleh semua orang.

"Malah, kajian telah menunjukkan bahawa apabila orang ramai dapat melakukan CPR sebelum perkhidmatan kecemasan tiba, peluang seseorang untuk bertahan hidup meningkat dengan ketara," katanya.

Dalam pada itu, Dr Kamil menekankan bahawa pelajar universiti khususnya pelajar UPM di kampus Bintulu Sarawak perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran ini kerana pelajar khususnya pelajar pertanian dan perhutanan terlibat dalam pembelajaran fizikal di lapangan, yang boleh mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan.

Program Mega CPR 2023 dilancarkan oleh Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Steven Kong Kai Seng mewakili Datuk Sri Tiong King Sing.

 

 

 

 

Tarikh Input: 14/03/2023 | Kemaskini: 14/03/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEQOAp~