MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM INKUBASI USAHAWANTANI UPMKB 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM INKUBASI USAHAWANTANI UPMKB 2019

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM INKUBASI USAHAWANTANI UPMKB 2019

Majlis Penutupan Program Inkubasi Usahawantani UPMKB 2019 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Bujang B. K. Huat, Pengarah Kampus, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) pada 31 Januari 2020 (Jumaat) di Dewan Kuliah Pusat 2A, UPMKB. Majlis juga turut dihadiri oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Ong Kian Huat, Pengarah Taman Pertanian Universiti dan Pembangunan merangkap penyelaras Unit Inkubasi UPMKB dan Yang Berusaha Professor Madya Dr. Anjas Asmara@Ab. Hadi Bin Samsudin, Timbalan Dekan Pembangunan, Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pertanian UPM Serdang,

Program ini telah mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan UPM. KPM telah memberikan peruntukan kepada UPMKB untuk melaksanakan program ini. Objektif Program Inkubasi Usahawantani ini adalah untuk melahirkan usahawantani yang cemerlang dan berwibawa serta bersedia untuk melaksanakan projek pertanian. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang pertanian di samping dapat meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Program kali ini melibatkan 2 modul iaitu, Modul Ternakan Ayam Kacukan dan Modul Ternakan Ikan dalam Sangkar dengan penglibatan seramai 6 orang peserta telah tamat mengikuti program ini.

Unit Inkubasi Usahawantani UPMKB akan membuka tawaran program ini lagi yang dirancang akan dilaksanakan pada bulan Jun 2020. Tawaran ini adalah untuk memberi peluang kepada graduan yang berminat untuk mengikuti program ini. Program Inkubasi Usahawantani ini ditawarkan kepada permohon yang sekurang-kurangnya memiliki sijil Diploma dan berumur tidak melebihi 30 tahun.

(Peserta, penyelaras modul, pegawai yang terlibat bersama Yang Berbahagia Prof. Dr. Bujang B. K. Huat)

(Yang Berbahagia Prof. Dr. Bujang B. K. Huat bersama semua tetamu yang hadir)


(Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta Program Inkubasi Usahawantani UPMKB 2019 oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Bujang B. K. Huat)

Tarikh Input: 31/01/2020 | Kemaskini: 12/02/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdPAP~