MAJLIS BERSAMA NAIB CANSELOR DAN LAFAZ IKRAR PELAJAR BAHARU SESI 2022/2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS BERSAMA NAIB CANSELOR DAN LAFAZ IKRAR PELAJAR BAHARU SESI 2022/2023

MAJLIS BERSAMA NAIB CANSELOR DAN LAFAZ IKRAR PELAJAR BAHARU SESI 2022/2023

9 Oktober – Sekitar Majlis Bersama Naib Canselor dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2022/2023. Seramai 253 pelajar program Bacelor dan Diploma serta Pra Diploma ambilan kedua Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) melafaz ikrar di hadapan YH. Dato Profesor Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM. Majlis Lafar Ikrar dan Akujanji tersebut dihadiri secara atas talian serentak bersama pelajar di UPM Serdang.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, inisiatif ini adalah bagi membantu para pelajar B40 untuk dapat meneruskan pengajian serta kelangsungan hidup semasa di kampus.

“Bantuan ini saya berharap sedikit sebanyak akan menjadi pemangkin semangat para pelajar baharu untuk berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh dan dimanfaatkan semasa pengajian di kampus untuk berjaya di masa depan,” katanya. Putra Voucher adalah konsep bantuan pembelian makanan dengan menggunakan aplikasi di telefon di kafe dalam kampus UPM kepada pelajar kalangan B40 pelbagai tahun pengajian.

UPM turut menyumbangkan 100 unit komputer riba kepada 100 pelajar B40 bernilai RM300,000.00 hasil sumbangan staf UPM menerusi Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM.

Selain itu, Bantuan Data kepada Pelajar B40 UPM bernilai RM500,000.00 kepada 600 pelajar hasil inisiatif Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM berjumlah RM300,000.00 dan inisiatif Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM bernilai RM200,000.00.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus UPMKB dan Ahli-ahli Pengurusan serta pensyarah UPMKB.

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdFAj~