MAJLIS APRESIASI DAN ALUMNI FSPH 2022 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS APRESIASI DAN ALUMNI FSPH 2022

MAJLIS APRESIASI DAN ALUMNI FSPH 2022

Pada 24 Februari 2023 yang lalu, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) telah menganjurkan satu Majlis Apresiasi dan Alumni FSPH 2022 bertempat di Goldenbay Hotel Bintulu.
 
Majlis tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh YB Dr. Ripin Lamat, ADUN N.72 Lambir, dengan YBrs Haji Zainal Abidin Haji Abdullah, Pengurus Besar Harwood Timber Sdn. Bhd turut hadir sebagai penaja bersama bagi majlis tersebut.
 
Dr. Zamri Rosli, Dekan FSPH dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada warga staf fakulti yang telah memberikan pencapaian cemerlang dan komitmen yang jitu sepanjang perkhidmatan di fakulti.
 
YB Dr. Ripin Lamat yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak turut mengucapkan sekalung penghargaan dan harapan agar warga fakulti akan terus mengekalkan prestasi cemerlang di masa hadapan.
 
Beliau turut mengulas fungsi fakulti sebagai entiti akademik yang memacu pendidikan anak bangsa yang didukung oleh warga staf fakulti sebagai tulang belakang dalam pembangunan modal insan berguna.
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 14/03/2023 | Kemaskini: 14/03/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdJAk~