MAHASISWA UPMKB TAMPIL BANTU RAKAN MEMERLUKAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAHASISWA UPMKB TAMPIL BANTU RAKAN MEMERLUKAN

MAHASISWA UPMKB TAMPIL BANTU RAKAN MEMERLUKAN

BINTULU: Baru-baru ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menerima sumbangan daripada pelajar kursus Kokurikulum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1) sesi 2020/2021-2 bagi membantu rakan-rakan yang memerlukan. Menurut Jose Daniel Ingom anak Johnny, Pengarah Program tersebut menyatakan, sumbangan ini diperoleh melalui sumbangan agensi luar dan orang persendirian bagi penganjuran Webinar 2021: Love is Healer or Killer?  baru-baru ini.

Sumbangan ini diserahkan kepada Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus yang disaksikan oleh Dr. Kamil Latif, Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Hairunisah Abdul Rahman, Pegawai Psikologi untuk diserahkan kepada Putra FoodBank UPMKB.

Putra FoodBank merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPMKB sebagai langkah membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan dan keperluan asas secara percuma yang dibuka pada setiap hari (pada waktu pejabat).

Justeru itu, bagi individu atau agensi yang berminat untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan ini, BHEP, UPMKB amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk kewangan atau barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan keperluan diri yang lain untuk disumbangkan kepada Putra FoodBank. Sumbangan barangan boleh dihantar terus ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan terus ke akaun 8005232086 (CIMB Bank Berhad) atas nama UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Pn. Hairunisah binti Abdul Rahman, di talian 086-855657 atau menerusi emel hairunisah@upm.edu.my.

Diharapkan sumbangan seperti ini dapat meningkatkan motivasi dan memberi galakan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus berjaya dalam akademik.

 

Tarikh Input: 16/04/2021 | Kemaskini: 27/04/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEVAAH~