LENSA JOM MASUK U 2023 ZON SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LENSA JOM MASUK U 2023 ZON SARAWAK

LENSA JOM MASUK U 2023 ZON SARAWAK

Bintulu, 20 Mei 2023 - Sebentar tadi juga telah berlangsungnya majlis perasmian Jom Masuk U 2023 bagi Zon Sarawak yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, YBrs Puan Anielia anak Siam bertempat di ruang legar Times Square Megamall, Bintulu.
 
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan & Antarabangsa) Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, YBrs. En. Ahmad Rizal Adnan; Pengarah UPM Kampus Bintulu Sarawak, YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini; dan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, YBrs. Encik Samri Suhaili .
 
Sebanyak 63 buah reruai pameran yang memaparkan pelbagai program pengajian dan maklumat ke menara gading telah dikunjungi oleh para pengunjung yang hadir terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, lepasan SPM/STPM, serta orang ramai dari sekitar kawasan Bintulu, Tatau, Sebauh, Belaga, Mukah, Niah, Sg. Asap, Miri, Selangau dan Sibu.
 
Kepada urang Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk temui kami di sini esok (Ahad, 21 Mei 2023) dari jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang untuk mendapatkan maklumat serta panduan kemasukan ke IPT awam dan swasta.
 
Jom Masuk U 2023!
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 22/05/2023 | Kemaskini: 22/05/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaHAj~