LEBIH 2,000 PENGUNJUNG MENGUNJUNGI PAMERAN HAIWAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LEBIH 2,000 PENGUNJUNG MENGUNJUNGI PAMERAN HAIWAN

LEBIH 2,000 PENGUNJUNG MENGUNJUNGI PAMERAN HAIWAN

LEBIH 2,000 pengunjung mengunjungi pameran haiwan pada Program ‘The BAKSIS Day’ (Putra Bakti @ AnimEX 4.0) dengan kaedah pembelajaran secara ‘Immersive Face-to-Face’ pada 29 Oktober lalu di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di Bintulu.

Program tersebut merupakan anjuran mahasiswa dan mahasiswi Kursus Kokurikulum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1) Sesi Akademik 2022/2023 bagi memberi kesedaran penjagaan haiwan peliharaan, reptilia dan haiwan eksotik.

Fasilitator program, Roslan Ismail berkata program sehari itu memberi banyak faedah kepada pelajar antaranya kemahiran kerja berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi antara satu sama lain.

“Program ini juga dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja aktif dalam bidang akademik malah turut aktif dalam bidang kokurikulum serta mampu bersaing dengan masyarakat luar,” katanya di Bintulu baru-baru ini.

Di samping itu, ia dapat mempamerkan pelbagai spesies ternakan terdapat di UPMKB dan penganjuran program tersebut berpotensi sebagai landasan perkongsian ilmu dalam industri ternakan haiwan sekali gus dipasarkan pada masa akan datang bagi menjana pembangunan ekonomi negara.

“’The BAKSIS Day’ juga berkemampuan sebagai harapan mahasiswa dan mahasiswi meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri serta penglibatan komuniti luar pada semua peringkat umur,” katanya.

Beliau berkata, ia melalui kaedah pemindahan pengetahuan, pembelajaran deria, meningkatkan pembangunan bahasa dan meningkatkan ikatan kekeluargaan.

“Haiwan peliharaan membangunkan rasa tanggungjawab dan sifat empati dalam diri seseorang kerana haiwan memerlukan penjagaan dan perhatian setiap masa,” jelasnya.

Menurutnya, melalui Putra Bakti@ AnimEx 4.0 ini, pelajar juga secara tidak langsung dapat mengetahui dan mempelajari mengenai kepentingan semangat berpasukan dalam mencapai kejayaan, berfikir secara kreatif dan inovatif.

Pada masa sama, ia menambahkan sikap kasih sayang terhadap segala jenis haiwan serta memupuk kesedaran dalam penjagaan betul memandangkan haiwan ini bergantung kepada manusia mendapatkan makanan dan penjagaan sempurna.

Di samping itu, mereka dapat mengetahui pelbagai kemahiran insaniah selain pembelajaran berkaitan dalam program itu.

(Terlibat: Mahasiswa dan mahasiswi dan Pengurusan UPMKB serta agensi terlibat selepas berakhirnya AnimEX4.0)

(KUNJUNG: Ibu bapa dan anak-anak mengunjungi AnimEX di UPMKB)


(PENGALAMAN: Pengunjung berpeluang memegang arnab)

 

(TERUJA: Ibu bapa dan anak-anak teruja melihat haiwan peliharaan arnab dipamerkan)


(MEWARNA: Kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna)


(SAYANG: Memupuk kanak-kanak untuk sayangkan haiwan)


(DEMONSTRASI: Pengunjung menyaksikan demonstrasi Pasukan K9 Polis Diraja MAlaysia (PDRM))

 

Tarikh Input: 22/11/2022 | Kemaskini: 22/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdSAz~