LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LADANG MARDI, BINTULU, SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LADANG MARDI, BINTULU, SARAWAK

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LADANG MARDI, BINTULU, SARAWAK

Bintulu, 3 September 2018: Pelajar dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) yang mengikuti jurusan Diploma Perniagaantani (DPNT), Semester 1 Sesi 2018/2019 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke ladang MARDI, Bintulu. Seramai 47 orang pelajar DPNT dengan diiringi oleh Dr. Shafinah Binti Kamarudin telah menyertai lawatan ini. Pada jam seawal 7.30 pagi, pelajar telah berkumpul di Dataran C, Kolej Sri Rajang, UPM  untuk bertolak dari UPMKB ke Ladang Mardi-Bintulu, KM 55, Bintulu, Sarawak. Perjalanan ini mengambil masa selama satu jam. Tujuan utama lawatan ini diadakan untuk menggalakkan pembelajaran secara secara aktif di kampus khususnya bagi kursus Pertanian dan Manusia (PRT 2008). Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang amalan pertanian Malaysia dan mengenali peranan  agensi kerajaan dan secara langsung dalam pemerkasaan sektor pertanian.

Setiba sahaja di Ladang MARDI, pelajar diberikan taklimat ringkas daripada pegawai MARDI, Encik Abu Bakar bin Abdul Hamid. Beliau menerangkan tentang penubuhan stesen di MARDI, Bintulu yang telah mula beroperasi pada sekitar tahun 2008. Dengan keluasan sebanyak 788 hektar, pihak MARDI mengusaha pelbagai jenis tanaman seperti jagung, durian, liberika, kelapa sawit, stivia dan madu kelulut. Sesetengah hasil daripada tanaman yang diuruskan oleh MARDI ini akan dijual kepada orang ramai. Manakala, sesetengah hasil keluaran MARDI diguna untuk tujuan penyelidikan.

Selesai taklimat ringkas, pelajar melawat ke kawasan tanaman pokok liberika ataupun dikenali sebagai tanaman kopi. Pelajar juga berpeluang ke tempat pengumpulan jagung dan melihat proses penggredan jagung dilaksana oleh usahawantani. Spesies jagung yang diusahakan di MARDI Bintulu adalah jagung madu (manis) dan jagung ligo(kurang manis). Pelajar juga berpeluang mengenali pokok durian D99. Menurut Encik Abu Bakar bin Abdul Hamid, tanaman durian ini mempunyai keunikkan kerana pokok durian akan mengeluarkan bunga dan buah dalam pada masa yang sama. Lawatan terakhir pelajar adalah di kawasan lot madu kelulut dan penerangan tentang cara penghasilan madu kelulut serta manfaat madu kelulut tersebut dijelaskan. Madu kelulut mempunyai 1001 manfaat seperti boleh dijadikan sebagai ubat mencegah penyakit mahupun sebagai produk kosmestik. Pelajar turut menimba pengalaman baru iaitu merasai kenikmatan madu kelulut di kawasan lot madu kelulut. Majlis penutup diadakan secara ringkas sekitar jam 12.00 tengah hari.

Menurut saudari Damie anak Ukar, pengarah program ini menyatakan pembelajaran melalui lawatan sambil belajar memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui perkembangan teknologi terkini sektor pertanian di Malaysia dan memberi persepktif baru di kalangan pelajar. Selain itu, beliau berharap pembelajaran melalui lawatan sambil belajar dapat dilaksana sebagai salah satu alternatif pembelajaran bagi kursus-kursus lain.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MARDI, Bintulu yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang amat tinggi untuk menjayakan program ini. Diharap, usaha jaringan antara pihak universiti dan agensi luar sama ada kerajaan atau pun swasta dapat disokong dan diteruskan untuk memperkasa modal insan negara.

Sekian, terima kasih.


(Peserta Lawatan Sambil Belajar ke Ladang Mardi-Bintulu)



(Taklimat berkaitan MARDI Bintulu yang disampaikan oleh En.Abu Bakar Azman Bin Abdul Hamid)



(Madu kelulut)



(Peserta Berpeluang Mencuba Madu Kelulut)



(Penggredan jagung)

 

Tarikh Input: 14/09/2018 | Kemaskini: 14/09/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdPAt~