LAWATAN RASMI PENGARAH BKPA KE UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LAWATAN RASMI PENGARAH BKPA KE UPMKB

LAWATAN RASMI PENGARAH BKPA KE UPMKB

Sempena Jom Masuk U (JMU) 2023 Zon Sarawak yang bakal diadakan pada 20-21 Mei 2023 nanti di Time Square Megamall Bintulu, Sarawak, Encik Wahi bin Nordin, Pengarah Bahagian Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah mengadakan lawatan ke UPMKB baharu ini bagi menyelaras perancangan dan juga lawatan tapak lokasi JMU 2023. Turut hadir bersama adalah Ketua Penolong Pengarah BKPA, Ts. Mohd Adiel Azhar Bin Harun.
 
Sebanyak 63 booth pameran disediakan dan melibatkan ke semua IPTA di Malaysia dan IPTS serta agensi pendidikan tinggi yang lain akan berkampung selama 2 hari di Bintulu. Program ini merupakan kali pertama diadakan di Bahagian Bintulu dan UPMKB diberi kepercayaan sebagai rakan penganjur.
 
JMU 2023 Zon Sarawak ini merupakan peluang terbaik kepada penduduk-penduduk terutamanya di Bahagian Bintulu, Mukah, Sibu, Miri dan Daerah Belaga, Kapit hadir ke JMU pada 20-21 Mei 2023 bagi mendapatkan terus info dan bertemu muka pegawai-pegawai IPTA/IPTS, agensi pinjaman dan biasiswa pendidikan tinggi serta insitut-institut kemahiran yang lain.
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 13/04/2023 | Kemaskini: 13/04/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdVAs~