KURSUS TEKNIK PENGHASILAN ANAK IKAN DAN PENGURUSAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR SECARA SANGKAR DAN KOLAM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KURSUS TEKNIK PENGHASILAN ANAK IKAN DAN PENGURUSAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR SECARA SANGKAR DAN KOLAM

KURSUS TEKNIK PENGHASILAN ANAK IKAN DAN PENGURUSAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR SECARA SANGKAR DAN KOLAM

Taman Pertanian Universiti (TPU) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan kursus ini pada 22-23 Februari 2020 yang bertempat di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Menurut Dr. Ong Kian Huat, Pengarah Taman Pertanian dan Pembangunan, UPMKB, kursus latihan ini adalah antara satu siri kursus latihan yang dirancang oleh TPU bagi tahun 2020 sebagai sebahagian daripada program University4Society.

Objektif kursus latihan ini menurut Encik Nalong Buda, Ketua Taman Pertanian Universiti adalah untuk: (i) memenuhi saranan kerajaan bagi meningkatkan lagi industri pertanian di Malaysia terutama di Sarawak; (ii) kemahiran penternak dengan kaedah dan amalan baik pertanian untuk kebolehlaksanaan projek yang berdaya maju; (iii) memindahkan teknologi terkini kepada penternak untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil ladang dan (iv) menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada penternak untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Menurut pengerusi penganjur kursus, Madam Carlina Freddie Simol @ Rachellynna Pegawai Pertanian Kanan, kursus ini bermanfaat kepada peserta melalui:

  • Pendedahan secara teori berkaitan pengurusan penternakan ikan air tawar dalam kolam.
  • Taklimat secara teori berkaitan pengurusan penternakan ikan air tawar dalam sangkar.
  • Taklimat secara teori berkaitan pemakanan ikan dan pengurusan kesihatan ikan air tawar.
  • Pendedahan secara praktikal teknik pembenihan secara aruhan ikan air tawar (Penyuntikan hormon perangsang pada induk dan proses persenyawaan telur) serta penyediaan tangki penetasan.
  • Menggalakkan spesies ikan tempatan (Clarias nieuhofii) sebagai alternatif yang sesuai untuk memperkenalkan spesies seperti ikan keli Afrika (Clarias gariepinus)
  • Mengetahui berkaitan pengurusan anak benih peringkat larva selepas penetasan (pemberian makanan dan kualiti air)
  • Amali penyediaan makanan anak ikan peringkat larva
  • Mengetahui cara penyediaan sangkar bagi penternakan ikan air tawar.

Menurut Encik Dexter Elvin Menari Penolong Pendaftar, kursus latihan ini telah menerima penyertaan seramai 60 orang peserta dari seluruh Sarawak, dengan kuliah dan kelas praktikal dilaksanakan oleh staf akademik UPMKB (Dr. Mohamad Faizul Bin Mat Isa) dan dibantu oleh pengamal bidang yang berpengalaman Encik Lirong Yu Abit.



(Sesi kuliah)


(Sesi kuliah)

(Sesi praktikal)


(Sesi praktikal)



(Majlis penyampaian sijil)


(Majlis penyampaian sijil)


(Majlis penyampaian sijil)

Tarikh Input: 24/02/2020 | Kemaskini: 25/02/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYSA0~