KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ (MPK) SESI 2022/2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ (MPK) SESI 2022/2023

KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ (MPK) SESI 2022/2023

Kolej Sri Rajang telah mengadakan Kursus Pemantapan Organisasi MPK Sesi Akademik 2022/2023 yang bertempat di Kem Lupok, Bekenu Miri. Kursus tersebut telah berlangsung selama dua hari satu malam. Ketua HEPA/Pengetua Kolej Sri Rajang, Dr Kamil Bin Latif turut hadir bersama-sama pelajar bagi memberi motivasi dan dorongan kepada mereka.

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memupuk kerjasama dalam kumpulan, mengeratkan silaturahim antara pelajar serta mengukuhkan disiplin sebagai seorang pemimpin. Kami berharap kem ini dapat memberi impak positif kepada semua MPK yang terlibat. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada semua barisan pengurusan Kolej Sri Rajang dan barisan felo yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun yang akan datang.

Tarikh Input: 15/11/2022 | Kemaskini: 16/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUHAB~