KURSUS INDUKSI KEPIMPINAN PELAJAR SESI AKADEMIK 2022/2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KURSUS INDUKSI KEPIMPINAN PELAJAR SESI AKADEMIK 2022/2023

KURSUS INDUKSI KEPIMPINAN PELAJAR SESI AKADEMIK 2022/2023

23 - 25 SEPTEMBER 2022 - Sepanjang 3 hari 2 malam, bertempat di Pusat Islam UPMKB telah disertai oleh 33 ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi Akademik 2022/2023 sebagai peserta. Program dimulakan dengan ceramah yang  disampaikan oleh Puan Hairunisah Binti Habib, bertajuk Kemahiran Komunikasi dan Teknik Pencarian Sumbangan Dana Program . Program diteruskan sebelah malam dengan Ceramah Kerjasama Dalam Pasukan, Pengurusan Program dan Pengurusan Masa yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Abdul Rahman Bin Habib.
 
Hari berikutnya, program diteruskan dengan ceramah Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Surat dan E-mel Rasmi disampaikan oleh Encik Sudirman Bin Asmadi dan diteruskan dengan LDK Pengurusan Masa yang dikendalikan oleh Dr Tengku Sharifah Marliza Binti Tengku Azmi. Seterusnya, Dr. Azizul Hakim Bin Lahuri telah menyampaikan ceramah Teknik Penulisan Artikel, Berita dan Laporan Aktiviti Program pada sebelah petang. Program diteruskan sebelah malam dengan LDK Kepimpinan dan Pemikiran kreatif yang diuruskan oleh para felo, fasi jemputan dan AJK.
 
Hari terakhir program Ceramah Simulasi Pengurusan Majlis dan Imej Pemimpin Pelajar disampaikan oleh Puan Rosidah Binti Basir. Program ini diteruskan dengan Simulasi Pengurusan Majlis Penutupan Program yang di uruskan oleh semua peserta yang terlibat. Majlis Penutupan program telah dihadiri oleh tetamu kehormat Dr. Kamil Bin Latif Pengetua/ Ketua Hal Ehwal Pelajar (HEP), Puan Rosidah Binti Basir Penolong Pendaftar dan felo-felo KSR serta semua AJK Pelaksana Program dan Peserta Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi Akademik 2022/2023.
 
#WeLoveUPMKB
#UPMKB
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 28/09/2022 | Kemaskini: 28/09/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYHAj~