KUNJUNGAN HORMAT UPMKB KE AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KUNJUNGAN HORMAT UPMKB KE AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA SARAWAK

KUNJUNGAN HORMAT UPMKB KE AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA SARAWAK

#UPMKBMansang
 
Sekitar kunjungan hormat YBrs. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus UPMKB dan rombongan ke Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Jabatan Alam Sekitar Sarawak, Harwood Timber Sdn. Bhd. dan Sarawak Energy Berhad (SEB).
 
Kunjungan ke NREB disambut oleh En. Kenny Poon (Assistant Controller), dan di Jabatan Alam Sekitar Sarawak oleh En. Hazrel Izzat Bin Mohamad Noor (Pegawai Kawalan Kanan). Manakala di Harwood Timber Sdn. Bhd., rombongan UPMKB telah disambut mesra oleh Tn. Hj. Zainal Abidin Bin Hj. Abdullah (General Manager) dan di Sarawak Energy Berhad disantuni oleh Mr. Robin Tigai, General Manager (Health, Safety & Environment).
 
Hadir sama mewakili Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) adalah Timbalan Dekan (Penyelidikan, Jaringan dan Pendanaan), Prof. Madya Dr. Geoffery James Gerusu; Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Noorasmah Saupi; dan Dr. John Keen Chubo, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Perhutanan, FSPH.
 
Kunjungan hormat ke agensi-agensi kerajaan dan swasta ini adalah bertujuan untuk mengadakan kerjasama dua hala di dalam bidang penyelidikan, akademik dan jaringan industri di antara UPMKB dan agensi-agensi di Sarawak terutamanya dalam bidang alam sekitar, pertanian dan perhutanan di Sarawak.
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 05/04/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETBAY~