KUNJUNGAN HORMAT AHLI PENGURUSAN TERTINGGI UPM KE PEJABAT PREMIER SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KUNJUNGAN HORMAT AHLI PENGURUSAN TERTINGGI UPM KE PEJABAT PREMIER SARAWAK

KUNJUNGAN HORMAT AHLI PENGURUSAN TERTINGGI UPM KE PEJABAT PREMIER SARAWAK

Kuching, 12 September - Kunjungan hormat YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Ahli Pengurusan Tertinggi UPM ke pejabat YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak bagi membentangkan penganjuran Majlis Konvokesyen kali ke-46 yang julung kali diadakan di UPMKB pada 1 November 2022 akan datang serta menyampaikan jemputan kepada beliau untuk hadir ke majlis tersebut.

Dalam pertemuan hari ini, YAB Premier Sarawak turut bersetuju meluluskan projek transformasi padi, AgriHub@Gedong berjumlah RM 3 juta. Dana fasa pertama sebanyak RM 1.4 juta telah disampaikan pada pertemuan tersebut. AgriHub@Gedong merupakan satu titik permulaan ke arah amalan pertanian padi secara pintar di Sarawak. Sasaran utama projek adalah untuk meningkatkan produktiviti padi daripada 2 t/ha kepada 10 t/ha, iaitu lima (5) tuaian setiap dua (2) tahun dengan menggunakan teknologi perapi tanah dan pertanian pintar hasil kajian penyelidik UPM yang akan meningkatkan pendapatan petani di Gedong.

Selain itu, YAB Premier Sarawak turut bersetuju dengan cadangan penamaan spesis orkid baharu dengan nama Bulbophyllom abangjoeii, yang dinamakan sempena nama beliau. Spesis orkid tersebut telah melalui kajian selama 15 tahun oleh kumpulan penyelidik UPM yang diketuai oleh Profesor Dr. Rusea Go sebelum didaftarkan secara sah sebagai spesis baharu. Menariknya, spesis ini hanya ditemui di hutan Sarawak.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor; Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa; Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat; Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPM Kampus Bintulu Sarawak; dan Dato’ Prof. Dr. Abdul Muati@Zamri Ahmad, Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM.
 
 
 

Tarikh Input: 13/09/2022 | Kemaskini: 05/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXESLAT~