KLINIK BOLA TAMPAR DISERTAI MURID SEKOLAH RENDAH DI UPMKB BERJAYA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KLINIK BOLA TAMPAR DISERTAI MURID SEKOLAH RENDAH DI UPMKB BERJAYA

KLINIK BOLA TAMPAR DISERTAI MURID SEKOLAH RENDAH DI UPMKB BERJAYA

BINTULU: Klinik Bola Tampar membabitkan Program Putra Pertandingan Amal Bola Tampar diadakan dengan jayanya pada 16 Februari lalu di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Program itu disertai murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Mohammad, SK Kampung Baru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Bintulu.

Progam anjuran pelajar Diploma Pengurusan Perladangan Makanan Semester Kedua Sesi Akademik 2018/2019 di bawah Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2120 Bola Tampar Kumpulan 1 dan 2 bertujuan mencungkil bakat dan meningkatkan kemahiran para peserta dalam sukan bola tampar.

Program itu juga untuk memupuk nilai kerjasama, memantapkan disiplin dan memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran mengelolakan sesuatu aktiviti.

Program itu turut membantu memberi sumbangan kebajikan berbentuk wang tunai kepada sekolah terlibat, sekali gus mewujudkan kesan positif hasil aktiviti sukan yang dikelolakan untuk manfaat komuniti.

Roslan Ismail dan Kong Kie Soon bertindak selaku fasilitator program tersebut.

Keratan akhbar Utusan Borneo, Klinik Bola Tampar disertai murid sekolah rendah di UPMKB berjaya, 22 Feb 2019 #UPMKBClipping #PutraClipping #QKS2120 #PutraVolleyballCharityTournament #VolleyBallClinic #TeamUPMKB

Untuk berita selanjutnya boleh klik disini : https://www.utusanborneo.com.my/2019/02/22/klinik-bola-tampar-disertai-murid-sekolah-rendah-di-upmkb-berjaya

Tarikh Input: 25/02/2019 | Kemaskini: 25/02/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETUAV~