KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM10,000 BANTU BIAYAI PROGRAM E-STEM@ UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM10,000 BANTU BIAYAI PROGRAM E-STEM@ UPMKB

KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM10,000 BANTU BIAYAI PROGRAM E-STEM@ UPMKB

BINTULU: Kerajaan negeri menyumbang RM10,000 untuk membantu biayai Program E-STEM@UPMKB dalam usaha memupuk kesedaran dan minat pelajar dalam bidang Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Sumbangan disampaikan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip kepada Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Bujang Kim Huat.

Ia disaksikan oleh Ketua Strategik, Komunikasi Korporat dan Jaringan UPMKB merangkap pengarah programnya, Dr Mohammad Maulana Magiman, Dekan (Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains) UPMKB Profesor Dr Jayum Jawan dan

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Tero Bayel.

Sebanyak enam sekolah rendah di sini menyertai program itu merangkumi SK

Orang Kaya Mohammad, SK Bintulu, SK Asyakirin, SK Agama Majlis Islam Sarawak Bintulu, SK Sungai Tisang dan SK Jepak.

Tarikh Input: 22/08/2020 | Kemaskini: 02/11/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMEQAp:16:00