Kerabat Raja Perlis Lawat UPMKB, Beri Semangat Keusahawanan Pelajar | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Kerabat Raja Perlis Lawat UPMKB, Beri Semangat Keusahawanan Pelajar

Kerabat Raja Perlis Lawat UPMKB, Beri Semangat Keusahawanan Pelajar

Bintulu, 10 Sept (UPM) – Lawatan adik Raja Perlis, Y.A.M. Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail dan isteri Dato’ Paduka Datin Seri Sharifah Hishimah Syed Hasan Shahabudin ke kampus Bintulu telah membakar semangat pelajar-pelajar program keusahawanan Mentor-Mentoring untuk bergiat dalam kerjaya perniagaan.

Dalam sesi ceramah beliau, Y.A.M Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan memperingatkan kepada pelajar bahawa, “perniagaan bukannya susah, tapi ia juga bukan sesuatu yang mudah. Oleh itu, pelajar perlu bijak mencari peluang dan terus berusaha untuk mencapai cita-cita.” Tambah Beliau lagi, “pelajar hendaklah berani dan tidak takut kepada istilah “gagal” kerana gagal itu adalah cabaran dalam perniagaan dan harus diharungi dengan bijak dan ilmu pengetahuan. Peluang berada di kampus Bintulu ini, seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk menjadi bekalan pengalaman apabila berada dialam pekerjaan nanti.”

Beliau juga turut menceritakan pengalaman pahit manis dalam perniagaan bersama isteri beliau sehingga boleh mencapai tahap yang membanggakan sekarang. Y.A.M Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan dan isteri adalah pemilik  La’Cucur di bangunan KLCC yang menjual pelbagai jenis kuih-muih Malaysia dan kini juga telah menceburi pelbagai peluang perniagaan termasuklah mesin penghasil minyak diesel dari bahan sisa buangan plastik.


Tarikh Input: | Kemaskini: | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMEDfF:03:31