KELAB KEBUDAYAAN ANGKLUNG DAN GAMELAN SMKA MIRI MERIAHKAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-46 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KELAB KEBUDAYAAN ANGKLUNG DAN GAMELAN SMKA MIRI MERIAHKAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-46

KELAB KEBUDAYAAN ANGKLUNG DAN GAMELAN SMKA MIRI MERIAHKAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-46

BINTULU, 1 Nov - Kelab Kebudayaan Angklung dan Gamelan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri (Gangsa Kenyalang) memeriahkan Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-46 di Kampus Bintulu (UPMKB) sidang satu di sini hari ini dengan memainkan muzik sepanjang penyebutan nama graduan.
 
Menurut guru pengiring Gangsa Kenyalang, Meor Hajeed Ainuddin berkata anak muridnya seramai 30 orang itu mula menjalani latihan selama sebulan apabila UPMKB memilih pasukan ini untuk membuat persembahan dalam majlis ini.
 
"Kami sangat berbesar hati apabila mendapat undangan dari UPMKB memilih sekolah kami untuk mempersembahkan bunyi angklung dan gamelan Gangsa Kenyalang dalam majlis penuh bermakna ini.
 
"Saya juga berbangga dapat mengetengahkan bakat pelajar kami di persada Sarawak serta di hadapan Sultan Selangor. Terima kasih UPMKB dan inilah pengalaman berharga," katanya. -UPM
 

 

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETJAa~