KEJOHANAN E-SPORT MOBILE LEGEND UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KEJOHANAN E-SPORT MOBILE LEGEND UPMKB

KEJOHANAN E-SPORT MOBILE LEGEND UPMKB

BINTULU 20 – 23 APRIL 2020 – Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memerangi penyebaran wabak Covid 19, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPMKB telah mengambil kesempatan untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar dengan mengadakan Kejohanan E-Sport Mobile Legend UPMKB.

Kejohanan ini mendapat sambutan seramai 85 palajar UPM Kampus Bintulu iaitu terdiri daripada 15 pasukan dan 10 Ahli Jawatankuasa (AJK) Kejohanan. Selaras dengan PKP tersebut, tempat pertandingan telah ditetapkan dengan keberadaan di bilik masing-masing untuk pelajar yang menetap di Kolej Sri Rajang dan keberadaan di rumah untuk pelajar yang menetap di luar kampus.

Pada akhir keputusan kejohaan ini, pasukan BOLIOU GAMING dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan selepas menewaskan pasukan lawan (dikedudukan tempat ke-2) dengan punggutan mata kemenangan (2-0) iaitu 28 – 11, 22. Pasukan SANTAI pula berjaya menduduki tempat ke-3 selepas menewaskan pasukan LIGHT BORN yang dikedudukan tempat ke-4.

Kejohanan ini berjaya memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan silaturahaim antara pelajar UPM Kampus Bintulu. Di samping itu, kejohanan ini juga telah memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari cara penganjuran Kejohanan E-Sport yang kian hangat pada masa ini.

Syabas dan tahniah diucapkan.


Tarikh Input: 26/06/2020 | Kemaskini: 30/06/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETKA0~