KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP UPMKB KE ARAH MELAHIRKAN ’THE THINKING ATHLETE’ | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP UPMKB KE ARAH MELAHIRKAN ’THE THINKING ATHLETE’

KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP UPMKB KE ARAH MELAHIRKAN ’THE THINKING ATHLETE’

#UPMKBMansang

PELAJAR QKS2120 Bola Tampar Kumpulan 1 Sesi Akademik Kedua 2021/2021 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Univer­siti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Tertutup UPMKB (Kategori Perem­puan) di gelanggang bola tampar universiti tersebut, dari 19 hingga 20 Mac lepas.

Kejohanan ini dian­jurkan dengan komitmen menyokong hasrat Ke­menterian Pengajian Tinggi bagi melahirkan ‘The Think­ing Athlete’.

Menurut Fasilitator Kur­sus QKS2120 Roslan Ismail, kejohanan ini dapat melatih kemenjadian mahasiswa dan menerapkan kemahiran in­saniah sejajar dengan salah satu objektif universiti bagi membangunkan graduan kompeten, profesional dan entrepreneurial.

Kejohanan bola tampar kali ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan kecer­gasan semata-mata, seba­liknya sebagai titik mula pelajar menjalani kehidupan untuk persediaan menuju Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.

Timbalan Pengarah Pro­gram Mark Ian Ricky pula berkata, aktiviti sukan tersebut akan mempamer­kan nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik.

Ia sekali gus dapat menjadi wadah membantu melahir­kan mahasiswa yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Kejohanan yang disertai warga UPMKB melibatkan pelajar dan staf ini bera­khir dengan lancar dan peserta sangat gembira kerana kejohanan seperti ini sudah lama tidak dianjurkan akibat kekangan pandemik COVID-19.

Tarikh Input: 06/04/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcSAt~