KAKITANGAN UPMKB DIBERI PENDEDAHAN KEPADA PEMBUDAYAAN BAKAT AKADEMIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KAKITANGAN UPMKB DIBERI PENDEDAHAN KEPADA PEMBUDAYAAN BAKAT AKADEMIK

KAKITANGAN UPMKB DIBERI PENDEDAHAN KEPADA PEMBUDAYAAN BAKAT AKADEMIK

BINTULU: Kakitangan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) didedahkan dengan perkongsian maklumat berguna mengenai pembudayaan bakat akademik dan hala tuju kampus itu, baru-baru ini.

Perkongsian itu disampaikan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo semasa lawatan kerja ke UPMKB dan sesi ramah mesra dengan pengurusan dan kakitangan UPMKB.

Beliau berkongsi pembudayaan bakat akademik, pandangannya berkaitan bakat akademik, pengalaman dan pandangan berkaitan bidang akademik serta hala tuju universiti itu.

Pada masa sama, Naib Canselor UPM Datuk Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata, lawatan itu mampu memperkukuhkan hala tuju universiti memacu kecemerlangan.

"Melalui lawatan itu dapat memperkenal UPMKB kepada Pengerusi LPU yang baru dilantik pada 7 Februari 2023 lalu," katanya. 

Beliau berkata, lawatan itu juga secara langsung memberi ruang serta perspektif LPU dalam memantapkan strategi untuk membawa universiti lebih gemilang.

"Ia diharap menjadikan UPM sebuah menara ilmu disegani dan diyakini di persada dunia," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini bersama pengurusan UPMKB turut menyampaikan taklimat kepada Dr Ibrahim.

Pada akhir taklimat, Dr Shahrul menyampaikan cenderamata berupa buku tulisannya berjudul 'Merpati and Permaisuri The Tales of Sarawak Malay' kepada Dr Ibrahim.

Program pada petangnya adalah sesi ramah mesra bersama kakitangan UPMKB turut berkongsi perkara sama berkaitan pembudayaan bakat dan hala tuju UPMKB.

Beliau turut menerima cenderamata penghargaan daripada Presiden Kesatuan Kakitangan Sokongan UPMKB (KEPEKASA) Rodzlan Kasan pada program itu.

Hadir sama Profesor Datuk Dr Mohd Roslan dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Profesor Dr Nazamid Saari.

Tarikh Input: 03/04/2023 | Kemaskini: 03/04/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdQAz~