INDUSTRY INDUCTION COURSE FOR INTERNS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » INDUSTRY INDUCTION COURSE FOR INTERNS

INDUSTRY INDUCTION COURSE FOR INTERNS

UPMKB telah dipilih oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) sebagai universiti pertama yang dilibatkan dalam inisiatif Agro-Food Productivity Nexus, untuk menggalakkan kerjasama industri, kerajaan dan universiti khususnya dalam bidang pertanian.

Penceramah dari pelbagai agensi dan syarikat berkaitan dengan bidang pertanian yang terkemuka tedah dijemput untuk berkongsi maklumat dan pengalaman. Antara yang hadir adalah Prof. Dr. Koo Voon Chet (MMU), Dr. Masniza Sairi (MARDI), Pn. Juliana Ritonga Saipul Jannah (Jabatan Pertanian), Pn. Marie Goh (Croplife Malaysia) dan En. Kit Chan (K-Farm Sdn. Bhd.).

Program dihadiri oleh 80 orang pelajar dari pelbagai program Diploma dan Bacelor dan penyelaras Latihan Industri di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Program ini turut disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini, Dekan Fakulti Sains Pertanian Dan Makanan, UPMKB.

Hasrat utama program ini adalah untuk mendedahkan bakal graduan dengan bakat, cabaran dan peluang yang mereka boleh terokai dalam bidang pertanian. Ianya juga bertujuan untuk menyampaikan keperluan pihak industri dan bagaimana para graduan boleh menjadikan ia sebagai peluang dalam membentuk kerjaya dalam industri pertanian.

Promenade Hotel Bintulu, Sarawak
26 Oktober 2019

















Tarikh Input: 28/10/2019 | Kemaskini: 30/10/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETXAA~