‘HEALTH WARRIORS WEBINAR’, PANDUAN UNTUK TINGKATKAN KUALITI HIDUP PELAJAR DAN MASYARAKAT | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » ‘HEALTH WARRIORS WEBINAR’, PANDUAN UNTUK TINGKATKAN KUALITI HIDUP PELAJAR DAN MASYARAKAT

‘HEALTH WARRIORS WEBINAR’, PANDUAN UNTUK TINGKATKAN KUALITI HIDUP PELAJAR DAN MASYARAKAT

‘HEALTH Warriors Webinar’ anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama tiga penceramah profesional berjalan lancar melalui aplikasi Cisco Webex, baru-baru ini.

Webinar tersebut terdiri daripada tiga slot, iaitu slot pertama “Gain confidence through our smile” daripada penceramah Dr Bakshish Singh Gill, slot kedua “Your story matters” yang disampaikan oleh Profesor Madya

Dr Mohd Ibrani Shahrimin Adam Assin dan slot ketiga “Make your illusion clear” daripada Dr Mohd Asyraaf Abdul Kadir.

Fasilitator Kursus QKK2101 Bakti Siswa Dr Nurul Nadwa berkata, penganjuran webinar ini membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam mencapai persetujuan melalui perbincangan yang berkesan antara ahli kumpulan, memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk melaksanakan program serta menerapkan semangat kerjasama dan sikap saling membantu sesama pelajar.

Katanya, melalui webinar ini, pelajar dapat mempelajari pelbagai kemahiran, menunjukkan kebolehan serta mencungkil bakat dan kemampuan diri dalam mengendalikan aktiviti supaya melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang unggul, berwibawa dan cendekia.

Pengarah program Henry Unggang Uning berkata, webinar tersebut telah menekankan penyelesaian untuk masalah kesihatan seperti penjagaan mata, gigi dan mental, pengetahuan yang dikongsikan oleh ketiga-tiga penceramah tersebut selaras dengan objektif webinar.

“Webinar ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti hidup pelajar mahupun masyarakat luar kampus agar mereka akan menitikberatkan kesihatan bukan sahaja badan malah kebersihan gigi, kesihatan mental dan kesihatan mata,” kata Henry Unggang semasa majlis penutupan program yang disertai 90 peserta itu.

 

Tarikh Input: 25/07/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdEAx~