FUTSAL : STRIVE TILL STRIKE | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » FUTSAL : STRIVE TILL STRIKE

FUTSAL : STRIVE TILL STRIKE

Bintulu, 15 Januari. Program Futsal : Strive Till Strike, klinik asas futsal telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang yang dianjurkan oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2104 Futsal (Kumpulan 101) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Program ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Cisco Webex dengan pengisian 2 Slot ceramah berkenaan dengan teknik asas, peraturan dan formasi permainan futsal. Meskipun program ini dijalankan secara atas talian dan bukannya secara bersemuka, ianya masih mendapat sambutan yang hangat dan memberangsangkan dimana seramai 89 peserta dikalangan belia yang berumur 13 tahun sehingga 40 tahun dari seluruh Malaysia telah menyertai program ini.

Tambahan, dengan kepakaran serta pengalaman penceramah jemputan, Encik Alistair Anak Edmund Gelau dan Encik Mohamed Syafik Bin Mohamed Salleh, Program strive till strike ini mendapat penilaian serta kepuasan yang sangat baik daripada kalangan peserta serta terdapat sebahagian peserta memohon untuk mengadakan program ini sekali lagi secara bersemuka agar memperolehi pengatahuan tektikal sukan futsal secara menyeluruh. Walaupun kemahiran teknikal dan tektikal tidak dapat ditunjukkan secara bersemuka, penceramah mengambil inisiatif dengan menggunakan tayangan video serta penerangan satu per satu supaya penyampaian kepada peserta jelas dan difahami.

Program Futsal : Strive Till Strike ini juga diisi dengan pertandingan e-menimbang bola dan telah mendapat sambutan yang agak meriah daripada pelajar UPM Kampus Serdang dan UPM Kampus Bintulu serta masyarakat umum. Johan Pertandingan ini telah dimenangi oleh Muhammad Aqil Bin Z.Azaman yang merupakan pelajar UPM Kampus Serdang Sementara Awang Shukry Bin Awang Sebini daripada peserta luar telah mendapat naib johan manakala tempat ketiga dimenangi oleh Frankie Wan David yang juga merupakan peserta luar.

Secara keseluruhan, peserta program menyeru agar perkongsi ilmu serta kemahiran permainan futsal ini dapat diluaskan secara besar-besaran agar dapat melahirkan bakat-bakat yang baharu bagi meningkatkan mutu sukan negara.

 

 

 

               

Tarikh Input: 16/02/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYBAY~