Fish-4-Life Anjuran PETRONAS Dan UPMKB Bantu Kelangsungan Hidup Nelayan Di Sarawak | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Fish-4-Life anjuran PETRONAS dan UPMKB bantu kelangsungan hidup nelayan di Sarawak

Fish-4-Life anjuran PETRONAS dan UPMKB bantu kelangsungan hidup nelayan di Sarawak

Fish-4-Life anjuran PETRONAS dan UPMKB bantu kelangsungan hidup nelayan di Sarawak semasa musim tengkujuh - Hasil tangkapan yang berkurangan dan nelayan yang tidak dapat keluar menangkap ikan pada musim tengkujuh menyukarkan kelangsungan hidup keluarga nelayan yang bergantung secara terus pada hasil tangkapan ikan.

Kesukaran hidup yang terpaksa dihadapi nelayan setiap tahun ini kini bakal berubah dengan wujudkan kursus penternakan ikan, Fish-4-Life anjuran PETRONAS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bintulu.

Seramai 126 para peserta yang terdiri daripada kalangan nelayan dari Kuala Nyalau, Kuala Tatau, Jepak, Sebauh and Similajau melalui kursus intensif dua hari mempelajari teknik pembenihan ikan yang dapat membantu mereka menghasilkan benih ikan sendiri di kolam atau tangki, jesteru meningkatkan penghasilan ikan serta pendapatan sepanjang tahun tanpa perlu terikat dengan keadaan cuaca atau gelora laut.

Kursus ini memberikan pendekatan holistik kepada para nelayan di mana ilmu yang dikongsi dapat memupuk minat serta pengetahuan yang dapat digunakan sebagai asas penternakan dan perniagaan ikan. Para nelayan dapat menghasilkan ikan yang besar untuk dipasarkan ataupun menjual hasil benih ikan yang boleh menjana hasil pendapatan secara berterusan.

Tarikh Input: 03/05/2018 | Kemaskini: 03/05/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETCAz~