BREAST CANCER AWARNESS PROGRAM 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » BREAST CANCER AWARNESS PROGRAM 2018

BREAST CANCER AWARNESS PROGRAM 2018

Breast Cancer Awarness Program 2018 telah dianjurkan sempena bulan kesedaran kanser payudara oleh Columbia Asia Hospital Bintulu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, Klinik Kesihatan Bintulu dan Sarawak Breast Cancer Support Group (SBCSG). Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan bahayanya kanser payudara serta kaedah mengesan tanda awal kanser payudara pada diri sendiri. Program ini turut bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan risiko kanser payudara.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah Ceramah Kesihatan, Zumba, Persembahan Busking, Cabutan Bertuah dan Pelepasan 400 belon merah jambu melambangkan sambutan bulan kesedaran kanser payudara. Ceramah berkenaan kanser payudara dan saringan kesihatan mengesan kanser telah disampaikan oleh Dr Mark Jeevan, Pegawai Kesihatan, Columbia Asia Hospital, Dr Norliza binti Jusoh, Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bintulu, serta Dr Rawa Bau, Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bintulu dan Klinik Kesihatan Bintulu.

Melalui program Breast Cancer Awarness Programe 2018, Sukarelawan UPMKB dapat menimba pengetahuan yang lebih mendalam lagi berkenaan kanser payudara sekaligus meningkatkan lagi kesedaran mereka tentang betapa bahayanya penyakit kanser yang menjadi pembunuh no.1 di negara ini.

Breast Cancer Awarness Program 2018 telah dijalankan pada 20 Oktober 2018 (sabtu), melibatkan 70 orang sukarelawan pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak. Program ini merupakan program tahunan anjuran Columbia Asia Hospital Bintulu. Program ini diketuai oleh Encik Hazlim Sham bin Ibrahim selaku Pengurus Am Columbia Asia Hospital Bintulu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.

“Fight Cancer ! Fight For Life !”







Tarikh Input: 22/10/2018 | Kemaskini: 22/10/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdXAq~