BELIA DIPELAWA SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI TEGAS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » BELIA DIPELAWA SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI TEGAS

BELIA DIPELAWA SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI TEGAS

BINTULU: Golongan belia dipelawa menyertai Program Putra Bakti 'Future Entrepreneur: Road To Success' di Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Digital Innovation Hub Bintulu, Naim Street Mall Paragon Bintulu pada 11 dan 12 Mac akan datang.

Program tersebut merupakan anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu.

Jurucakap penganjur merangkap fasilitator program Roslan Ismail berkata, di negara ini ada beberapa masalah yang dihadapi golongan belia untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Katanya, mereka kurang ilmu pengetahuan berkenaan bagaimana unjtuk memulakan perniagaan.

"Dengan kadar pengangguran di negara ini semakin meningkat kepada 3.7 peratus tahun 2022 disebabkan kurangnya peluang pekerjaan maka keinginan golongan belia untuk memulakan perniagaan juga semakin meningkat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru katanya, melalui kerjasama TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu maka perjanjian persefahaman (MoU) dan kolaboratif melalui program tersebut telah dimeterai dengan UPMKB yang memfokuskan usaha penganjuran aktiviti keusahawanan serta memperkembangkan nilai keusahawanan dalam kalangan belia sekitar.

Katanya, Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKH2104 Usahawan Siswa (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2022/2023 telah merancang untuk melaksana program tersebut dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka.

Roslan berkata, empat sesi perkongsian ilmu untuk golongan belia yang berminat dalam bidang keusahawanan meliputi usahawan dan peranan usahawan, pemasaran di era digital, institusi kewangan, inovasi dan kreativiti serta penulisan perniagaan.

Katanya, penyertaan disasarkan seramai 50 orang dan bagi yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian melalui pautan yang disediakan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi fasilitatornya Roslan Ismail di talian 012-8992858.

 

(Poster Program Putra Bakti 'Future Entrepreneur: Road To Success')


  (Fasilitator dan pelajar yang menganjurkan program tersebut kelak)

 

Tarikh Input: 23/02/2023 | Kemaskini: 23/02/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaGAj~