BANTUAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA TAMBAH MOTIVASI PELAJAR UPMKB UNTUK TERUS CEMERLANG | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » BANTUAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA TAMBAH MOTIVASI PELAJAR UPMKB UNTUK TERUS CEMERLANG

BANTUAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA TAMBAH MOTIVASI PELAJAR UPMKB UNTUK TERUS CEMERLANG

BINTULU– Baru-baru ini, seramai 635 orang pelajar UPM Kampus Bintulu Sarawak telah menerima bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Menurut Muhammad Wafiuddin bin Taha yang juga penerima bantuan ini, beliau berasa terharu kerana telah terpilih sebagai salah seorang penerima Tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan berjanji akan menggunakan tablet ini untuk belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa kedua ibu bapa.

Turut hadir dalam sesi penyerahan ini, Prof. Dr. Shahrul Razid bin Sarbini, Pengarah Kampus, diiringi Dr. Kamil bin Latif, Pengetua Kolej/Ketua Hal Ehwal Pelajar turut menzahirkan harapan beliau kepada pelajar UPMKB yang telah menerima bantuan ini agar belajar bersungguh-sungguh dan manfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan ini dengan sebaiknya.

 

Tarikh Input: 18/10/2022 | Kemaskini: 18/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETIA0~